Bahan Bantu Mengajar (BBM) 
           BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.


Antara kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
i)    BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.
ii)   Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar.
iii)  Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
iv)  Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.       
v)   Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
vi)  Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
vii) Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.


Pemilihan Bahan / Alat Bantu Mengajar

Alat Bantu Mengajar untuk murid berprestasi tinggi

a) Bagi aktiviti pertama yang akan dijalankan, alat bantu mengajar yang dipilih ini akan
    digunakan untuk pelajar yang berprestasi tinggi.

1. Bikar
Bikar yang dipilih kerana untuk mengisi air dan kemudiaannya air ini akan disukat mengikut yang dikehendaki.Saiz bikar yang dipilih juga bersesuaian dengan tahap murid-murid tahun 2.


                                                 
2. Pemicit ubat ( Picagari) 
Alat ini amat sesuai untuk pelajar yang tahap kecerdasannya tinggi. Dengan menggunakan alat ini, pelajar akan berasa seronok belajar dan aktiviti yang dijalankan akan lebih menarik.




3. Air 
Air paip atau air mineral bolehlah digunakan bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti. Dengan ini, pengalamian oleh pelajar sendiri akan membolehkan pemahaman yang lebih mendalam.


4. Video cara-cara menyukat cecair ( seperti video yang dibekalkan ).
            - Video ini sangat sesuai untuk pelajar bagi memperkenalkan cara sukatan cecair diambil.

5. Lembaran kerja
Lembaran kerja juga perlu disediakan untuk pengukuhan kepada pelajar diakhir aktiviti. Penggunaan lembaran kerja adalah untuk mengetahui keberkesanan p&p yang telah dilakukan oleh guru dan murid.

            Dilihat di sini, pemilihan bahan untuk aktiviti yang pertama ini, amat bersesuaian dengan pelajar tahun 2. Selain itu, bahan atau alatan yang dipilih ini juga mudah didapati dan harga atau kos yang murah. Bahan yang dipilih juga merupakan bahan yang mana pelajar pernah menggunakan sendiri seperti picagari semasa mereka meminum ubat. Ini akan memudahkan lagi memahami konsep dan objektif yang hendak disampaikan.

Alat Bantu Mengajar Untuk murid berprestasi rendah

Pemilihan Bahan/Alat untuk kali ini adalah untuk menjalankan aktiviti bagi pelajar tahun 2dan di kategorikan pelajar yang agak lemah ( berprestasi rendah ). Oleh itu, pemilihan alat  mestilah sesuai dengan tahap kebolehan pelajar.

1) Bikar
Bikar yang dipilih kali ini ditandai pada tengah-tengah bikar ( menunjukkan separuh ) dan bilangan bikar yang akan digunakan agak banyak ( untuk dibuat sukatan ).Untuk memberi lebih pemahaman kepada pelajar, beberapa jenis bikar boleh digunakan untuk membuat perbandingan.

2) Air 
Air sudah semestinya digunakan untuk membuat sukatan. Air paip biasa sudah memadai untuk menjalankan aktiviti. Air akan disukat menggunakan bikar yang disediakan.

3) Lembaran kerja – Untuk membuat pengukuhan selepas menjalankan aktiviti.

Aktiviti yang dijalankan untuk mengajar konsep isipadu cecair (ukuran)

Aktiviti untuk murid berprestasi tinggi

Aktiviti pertama ini di rancang untuk kategori pelajar yang cerdas ( berprestasi tinggi )

Membuat ukuran cecair ( menggunakan unit ml ) 

Para pelajar dikehendaki membuat kumpulan – aktiviti berkumpulan   

Setiap kumpulan di sediakan 1 bikar yang berisi dengan air.   

Setiap pelajar akan dibekalkan 1 picagari setiap seorang.   

Guru menerangkan tentang penggunaan picagari serta menunjukkan contoh bagaimana sukatan dibuat menggunakan picagari tersebut.   

Murid-murid diminta menggunakan picagari untuk menyukat air mengikut ukuran berikut
                - 2 ml
                - 3 ml
                - 4 ml
                - 5 ml

    Pada peringkat ini, murid-murid dapat membezakan nilai sukatan yang mana 3 ml adalah kurang daripada 4 ml dan sebagainya.Guru memantau dan membantu murid-murid untuk mendapatkan ukuran yang betul.

    Guru menerangkan konsep ukuran cecair sertamenunjukkan contoh perbezaan cecair mengikut nilai mengggunakan picagari. Seterusnya setiap kumpulan diminta menghantar wakil ke depan untuk mengambil ukuran air  sirap yang disediakan di hadapan. Pelajar yang membuat ukuran yang betul boleh meminum air tersebut sebagai ganjaran.

    Tayangan video ( youtube ) cara-cara menyukat cecair, video ini amat sesuai untuk memperkenalkan kepada murid-murid cara menyukat isipadu cecair menggunakan unit ml menggunakan bacaan nombor yang lebih besar ( 100 ml – 900 ml )

    Seterusnya guru meminta pelajar yang ingin mencuba untuk kedepan cuba membuat ukuran dengan betul. Aktiviti ini akan menonjolkan pelajar yang berani dan berketrampilan.

    Seterusnya guru mengedarkan lembaran kerja untuk aktiviti pengukuhan dan memantau serta membantu murid-murid.

    Pada tahap ini murid-murid mula diperkenalkan dengan unit ml dan membuat perbandingan nilai ukuran.


    Aktiviti untuk murid berprestasi rendah

    Aktiviti kedua ini pula dirancang bagi pelajar yang dikategorikan kecerdasan yang lemah (berprestasi rendah) dan segala peralatan atau aktiviti yang bakal diadakan mestilah bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid-murid ini. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :

    Murid-murid dibekalkan dengan air di dalam bekas dan bikar kosong diberikan 2 bikar yang telah ditandai tanda ditengah-tengah ( aktiviti berkumpulan ).

    Guru menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan. Setiap kumpulan diminta supaya mengisi air separuh ( bikar yang telah ditandai ) ke dalam satu bikar. Di sini, guru boleh memperkenalkan konsep sukatan cecair dengan membandingkan bikar kosong dengan bikar yang diisi dengan air tadi.

    Kemudian, murid-murid akan menyatakan air dalam bikar adalah separuh daripada bikar itu. Seterusnya setiap kumpulan mengisikan air dalam bikar yang kosong tadi melebihi paras tengah yang ditandai.

    Guru dan murid akan bersoaljawab, seterusnya bolehlah membuat kesimpulan bahawa air dalam bekas kedua melebihi separuh daripada bekas dan mempunyai isipadu yang lebih banyak berbanding dengan air di dalam bikar yang separuh tadi.

    Pada peringkat ini, para pelajar dalam mengenal konsep isipadu cecair dan dapat membezakan nilai isipadu mengikut sukatan yang dibuat. Konsep bacaan nilai mengikut nombor masih belum diperkenalkan lagi.

    Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan meminta murid-murid membuang air di dalam bikar yang banyak tadi sehingga berada dibawah pada separuh bikar, maka, sukatan air sekarang adalah lebih kecil ( sedikit ) berbanding dengan bikar yang separuh. Bermakna, air dalam bikar itu kurang daripada separuh bikar.

    Guru menjelaskan konsep sukatan cecair pada murid-murid berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan ini. Setelah murid-murid dapat memahami konsep ini, barulah diperkenalkan kepada konsep nombor ( sukatan dalam unit ) dan bagaimana pengukuran dalam nombor diambil.

    Lembaran kerja sebagai pengukuhan untuk melihat sejauh mana murid-murid memahami konsep yang diajar tadi. Guru perlu memantau dan membantu murid-murid agar mereka dapat memahami dengan jelas konsep yang hendak disampaikan.


    RUJUKAN


    Aiman. (2002, 4). Sains. Retrieved 11 1, 2010, from http://alamsains.blogspot.com  /2009/11/radas-sains.html

    Cikgu, B. (n.d.). Blog Cikgu Sains. Retrieved 11 2, 2010, from http://cecair.blogspot.com/

    Hans. (1997). Sukatan Air. Retrieved 11 2, 2010, from http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/07/apabila-tak-dapat-cara-baik-mestilah_15.html

    Rahim. (1999, 8 6). Retrieved 10 30, 2010, from http://uminasafira.wordpress.com/2010/06/17/hati-hati-gelas-sendok-sedotan-plastik-di-tukang-jualan-krn-umumnya-bekas/

    Rosnita. (2000, 12 11). Cecair. Retrieved 10 24, 2010, from http://rosnitahaslin.wordpress.com/about/


    ;;

    TUGASAN HBMT 2103